I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, April 11, 2010

WAHAI DIRI, SABARLAH!

ujian..ujian datang lagi
hmm..lebih kurang macam tu lah kot orang akan selalu mengeluh
tapi,tak baik mengeluh ni tau..bukankah itu semua datangnya dari yang di atas..
Dia yang memberikan segalanya..
tak ada makna lah hidup kita kalau tak ada ujian kan..

Setiap orang pasti akan menerima ujian daripadaNya tidak kiralah dalam bentuk apa sekalipun,
tapi kita sebagai hambaNya perlu lah bersabar..pasti ada hikmah di sebalik tu semua yang kita tak tahu..
Dia lebih mengetahui daripada kita
Dia lebih mengetahui apa yang sebaiknya buat kita..
so,tak payah sedih atau bimbang atas semua ujian tu..
sebaliknya,Dia telah menentukan sesuatu yang baik untuk kita
yang mana mungkin kita tak sedar pun sekarang, tapi insyaAllah di belakang hari..
time tu, barulah kita sedar bahawa ujian tu lah yang membawa diri kita kepada kebahagiaan yang kita kecapi hari ini..

lagipun, ujian2 tu semua membuktikan yang Dia amat menyayangi kita
sebab Dia tak akan membiarkan hambaNya terlalai dan terleka dengan nikmat dunia atau apa saja la yang boleh melalaikan..
lalu kita pun diberikan ujian untuk Dia uji
sejauh manakah tahap keimanan dan kesabaran kita
dan paling penting, sejauh mana pergantungan kita padaNya

percayalah,kita patut bersyukur jika diberikan ujian oleh Dia Yang Maha Esa..
selagi mana kita terus menerima ujian, selagi itulah kita akan sentiasa sedar bahawa hidup ini tiada yang mudahnya..
selagi itulah kita akan sentiasa sedar bahawa diri kita terlalu lemah dan sentiasa mengharapkan pertolonganNya..
dan selagi itulah juga, bila kita benar2 jatuh dan ingin bangun, hanya pada Dialah tempat kita benar2 berharap..
Dialah tempat pergantungan yang sebenarnya..

dan sesungguhnya, pada Dia sajalah tempat kita mengadu segalanya..
dan Dia selalu ada untuk kita..
jadi,janganlah kita jatuh saat kita menerima ujian apapun tapi sebaliknya, sentiasalah sabar dan berdoa kepadaNya..
jadikanlah ia sebagai pembakar semangat untuk terus tabah di masa hadapan..

ingatlah, Dia amat menyukai hambaNya yang sentiasa sabar dan berusaha..
Amin..

No comments:

Post a Comment